9. Gull Dong

Anjing baka Gull Dong, atau juga dikenali sebagai Pakistani Bull Dog adalah baka yang agresif dan bernaluri tinggi. Anjing ini memerlukan ketua/pemimpin, jika tidak, ia akan mengancam semua yang ada di sekelilingnya. Baka ini juga berbahaya kepada kanak-kanak, kerana ia menganggap kanak-kanak sebagai mangsa. Tetapi yang bagusnya, anjing baka ini boleh membantu untuk mengawal situasi yang bahaya seperti rompakan dan samun.