12. Rhodesian Ridgeback
Baka Rhodesian Ridgeback kebiasaannya sangat aktif dan amat gemar untuk bermain sepanjang masa. Tetapi jika ia tidak dilayan dan dibiarkan sendiri untuk tempoh masa yang sangat lama, ia boleh mengubah tenaga aktifnya kepada sifat agresif dan suka memusnahkan sekeliling. Membawa anjing ini untuk bersiar-siar di taman adalah satu idea yang buruk, kerana ia akan cenderung untuk mengejar haiwan yang bersaiz lebih kecil daripadanya, termasuk anjing bersaiz kecil. Bagi mereka yang baru pertama kali ingin mempunyai anjing peliharaan adalah sangat tidak digalakkan untuk memilih anjing Rhodesian Ridgeback, jika tidak dilengkapi dahulu dengan latihan yang sempurna.