Bagaimana untuk menjadikan tuala kembali lembut?
Ianya tentu amat menjengkelkan apabila anda mengambil sehelai tuala yang baru sahaja anda basuh, lalu terus ke kamar mandi dan apabila anda baru sahaja ingin mengeringkan badan, anda mendapati tuala tersebut amat kasar. Seolah-olah anda mengeringkan badan anda dengan kain yang menggerutu. Tidak ubah seperti kertas pasir yang selalu digunakan untuk menggosok dinding! Jadi apa sebenarnya yang membuatkan tuala kita menjadi kasar dan malahan kelembutannya semakin menghilang? Ia sebenarnya berkait rapat dengan pencuci yang kita gunakan untuk mencuci pakaian dan juga, sel kulit mati yang terdapat pada badan kita.
Tetapi ada cara mudah untuk selesaikan masalah ini!
Air Liat
Selain daripada sabun dan sel kulit mati, terdapat juga mineral di dalam air yang kita guna dan bahan ini lah antara yang menjadikan tuala kita menjadi lembut dan gebu secara semulajadi dengan pantas. Tetapi sayangnya, disebabkan tujuan kita mandi adalah untuk menyegarkan badan, kita akan cenderung untuk melengkapkan mandian kita dengan sehelai tuala bersih untuk mengeringkan badan, sekaligus menghilangkan mineral tersebut. Namun begitu, anda tidak perlu membuang tuala kasar dan menggerutu itu, kerana terdapat cara yang agak mudah untuk melembutkan tuala anda kembali, dan tidak perlu lagi kasar seperti pemarut keju.
Suhu
Pertama sekali, kebiasaannya adalah lebih baik jika kita mencuci tuala dengan menggunakan air bersuhu panas. Dengan berbuat demikian, ia akan menyingkirkan sabun yang berlebihan, dan juga sel kulit mati yang melekat pada badan kita. Anda mungkin berfikir bahawa penggunaan cecair pelembut pakaian akan membuatkan tuala anda jadi lembut kembali (kerana itu yang telah diiklankan), tetapi kami tidak sekali menyarankan untuk anda mempraktikkannya. Sekiranya anda membaca keterangan produk dengan teliti, anda akan mendapati bahawa pelembut pakaian mengandungi banyak bahan kimia dimana ia sudah tentu tidak bagus, bahkan sebahagian daripadanya mungkin boleh mengancam kesihatan kita.
Jika anda inginkan tuala anda untuk kembali lembut, lebih baik anda mencuba sesuatu yang berbeza, dan bukankah paling bagus jika ianya sesuatu yang anda sudah pun miliki di rumah? Pada halaman seterusnya, anda akan temui apa yang anda perlukan untuk menjalankan teknik ini.